December 30, 2015

Bau busuk ribuan bangkai ikan

Pekerja membersihkan bangkai ikan dalam Sungai Melaka. -Foto MUHAMMAD RAZUL AZLI

Melaka: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Melaka menghala Taman Rempah berhampiran Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 9 pagi itu disedari pekerja pembersihan sungai apabila mendapati bangkai ikan berkenaan memenuhi perairan sungai sehingga mengakibatkan bau busuk.

Penduduk taman perumahan berhampiran Taman Rumpun Bahagia Bachang, Abdul Rahim Hanifah, 61, berkata akibat kejadian itu dia dan penduduk lain terpaksa menghidu bau busuk bangkai ikan berkenaan.

"Petang semalam ketika pergi ke sungai saya sudah lihat ada ikan mati tetapi tidak menjangka sebegitu banyak bangkai akan ikan timbul.

“Kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku di sungai ini dan puncanya mungkin disebabkan tumpahan toksik atau dituba," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera agar perkara itu tidak berulang kerana bau busuk mengganggu aktiviti harian penduduk serta pengunjung kawasan itu.

myMetro 30 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment