December 6, 2015

Barang kemas RM80 ribu lesap

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh (tiga dari kanan) bersama anggotanya memeriksa kedai emas di Jalan Mahkota yang dirompak dua lelaki bertopeng petang tadi. - Foto SHAHRUL NIZAM MOHAMAD

Kuantan: Pemilik sebuah kedai emas kerugian RM80,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan tukul dan sebilah pedang samurai di Jalan Mahkota di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Perodua Viva, berhenti di premis mangsa sebelum menceroboh masuk.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, seorang daripada lelaki itu memecahkan cermin rak kaca dan mengambil dulang berisi emas.

"Kerugian dialami mangsa berusia 23 tahun dianggarkan RM80,000," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih melakukan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

myMetro 4 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment