December 23, 2015

Bapa cari anak angkat hilang lepas ikut rakan

Ghazali menunjukkan gambar anak angkatnya, Nadia

KLUANG - Pencarian seorang bapa untuk mencari dan mengesan anak angkatnya, Nadia Zol, 22, sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.

Ghazali Mohd Desa, 54, berharap, dapat bertemu anak angkatnya dengan segera bagi memudahkan proses pembahagian harta.

Jelasnya, Nadia diperlukan berikutan dia merupakan antara waris dan disebabkan tiada tanda tangannya, semua proses terbantut.

“Anak angkat saya ini saya pelihara dari usia empat tahun dan dia hilang lepas ikut kawan karibnya ke Johor Bahru untuk cari kerja. Sebelum itu, Nadia dan kawannya kerja di Hospital Pakar Utama di Kluang pada 2012, tapi berhenti selepas beberapa bulan.

“Kami izinkan dia pergi Johor Bahru sebab dia dah dewasa. Lagipun dia nak cari kerja yang baik untuk jamin masa depan. Kami sekeluarga sayang padanya dan anggap dia macam anak kandung, tapi dia hilangkan diri tanpa sebarang berita sejak penghujung 2012,” katanya.

Menurut Ghazali, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan Nadia termasuk mendapatkan maklumat daripada hospital untuk mengetahui alamat tempat tinggal dan tempat kerjanya, namun gagal.

“Kami rindu Nadia. Saya harap lepas berita ini tersiar, Nadia dapat pulang ke Kluang jumpa keluarga dalam masa terdekat ini.

"Saya juga harap dia dapat lupakan segala yang mungkin berlaku tanpa kami disedari sehingga menyebabkan dia bawa diri seperti ini,” katanya.

Ghazali berkata, sekiranya ada individu pernah ternampak atau mengenali anak angkatnya itu diharap dapat menghubunginya di talian 013-7783239 atau 012-7788776.

Sinar Harian 21 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment