December 17, 2015

Ajal pulang solat Subuh

FOTO ihsan pembaca

Bukit Mertajam: Seorang imam yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditungangginya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat, Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu,mangsa Chee Saad Mat Aisa, 67, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut sumber, mangsa ketika itu dikatakan pulang dari surau berhampiran selepas selesai menunaikan solat Subuh.

"Bagaimanapun, ketika berada di persimpangan lampu isyarat terbabit sebuah kereta merempuh motosikal mangsa sebelum pemandunya dikatakan melarikan diri.

"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.

myMetro 14 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment