November 5, 2015

Wanita warga emas maut dilanggar bas kilang

KULIM: Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar bas kilang ketika cuba melintas jalan di hadapan sebuah bank, di Jalan Putera, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, berkata dalam kejadian jam 7 pagi itu, wanita berusia 69 tahun berkenaan sedang melintas jalan dari arah bangunan bank berkenaan ke seberang jalan.

"Tiba-tiba bas kilang yang datang dari arah Kilang Lama ke Kulim terlanggar warga emas itu menyebabkan mangsa rebah dan maut di tempat kejadian," katanya. Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

4 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment