November 5, 2015

Tak malu masuk dewan

CALON persendirian SPM mengulang kaji secara berkumpul sebelum peperiksaan bermula, semalam. Gambar kecil, Muhamad Sabaruddin.

Ampang : “Walaupun sudah bekerja sebagai imam, saya tidak malu untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini kerana ramai lagi pelajar yang lebih tua daripada saya,” kata Imam Hotel De Palma Ampang Muhamad Sabaruddin Ibrahim, 22.

Muhamad Sabaruddin yang berasal dari Kampung Pandan, dekat sini, antara calon persendirian yang menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Razali di sini, semalam berkata, usia dan pekerjaan bukan penghalang untuk sesiapa pun menuntut ilmu terutama di bidang akademik secara formal.

Dia yang sebelum ini dihantar keluarga belajar agama selama tujuh tahun di Maahad Tahfiz al-Ridhuan di Hulu Klang sebelum melanjutkan pengajian di pesantren di Gersik Jawa Barat, Indonesia baru setahun belajar akademik secara persendirian di bawah bimbingan Naimah Muhammad, 33, di Pusat Tuisyen Lembah Ilmu, di sini.

“Saya rasa teruja dan seronok untuk belajar semula serta menduduki SPM. Malah tidak rasa kekok sebab ramai lagi rakan sebaya dan lebih tua mengambil SPM.

myMetro 3 November 2015

0 comments:

Post a Comment