November 5, 2015

SPM kembar siam, Mohamad dan Ahmad

Mohamad (kanan) dan Ahmad menduduki SPM pagi tadi. FOTO Khairull Azry Bidin.

Shah Alam: Kembar siam, Ahmad dan Mohamad Rosli antara 76,053 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini membabitkan 546 sekolah menengah di seluruh Selangor.

Kembar berkenaan ditempatkan di dewan peperiksaan berasingan dengan pelajar yang lain ketika menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Zainuren Mohd Nor berkata, calon menduduki SPM membabitkan 205 penyelia kawasan dan 5,663 pengawas bagi memastikan kelancaran SPM dijalankan.

"Daripada jumlah keseluruhan pengawas ia membabitkan 546 ketua pengawas dan 546 timbalan ketua pengawas," katanya dalam satu kenyataan.

Zainuren berkata, seramai 240 Calon Berkeperluan Khas (CBK) dan tiada calon buta dilaporkan.

Katanya, peperiksaan bermula pada pagi tadi berjalan lancar dan tiada masalah yang dilaporkan setakat ini.

myMetro 2 November 2015

0 comments:

Post a Comment