November 20, 2015

Pemuda maut motosikal terbabas, langgar besi penghadang

KOTA KINABALU - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum melanggar besi penghadang di tepi jalan dalam kejadian di Jalan Kolam awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa Nelson Mohinggil, 22 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Fong Sang menuju ke pusat bandar.

"Mangsa disyaki menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dan mayatnya telah dihantat ke Unit Forensik Hospital Wueen Elizabeth 1 untuk bedah siasat," katanya di sini sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Kosmo 19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment