November 20, 2015

Maut ketika siram bunga


PETALING JAYA - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari koridor rumahnya di tingkat dua, kondominium Riana Green, Damansara dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa Lee Soo Fee, 45, yang merupakan seorang pemborong sayur maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menyiram bunga sebelum tergelincir jatuh ke koridor rumah bawah. K! ONLINE

Kosmo 19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment