November 15, 2015

Pekerja asing maut dikelar

Muar: Seorang lelaki Bangladesh ditemui mati dengan leher dikelar di asrama pekerja di Bukit Pasir di sini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5 pagi tadi dan beberapa anggota polis dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, apabila tiba pihaknya menemui mangsa dikenali sebagai Arif Hossain, 25, berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.

"Hasil siasatan kami menahan beberapa pekerja asing yang turut tinggal di asrama itu bagi membantu siasatan.

"Kami juga menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi.

myMetro 15 November 2015

0 comments:

Post a Comment