November 12, 2015

Nenek pilu hilang rumah


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Temerloh: Seorang nenek berusia 57 tahun hanya mampu menangis teresak-esak selepas melihat rumahnya musnah dijilat api di Kampung Tanjung Kerayong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Asmah Arim ditenangkan jirannya selepas tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran.

Difahamkan, Asmah yang tinggal bersama anak lelakinya, Asrizal Cheiruk, 17, tidak berada di rumah pada masa kejadian kerana ke kebunnya yang terletak berhampiran kampung itu.

Asrizal cedera ringan akibat melecur di badan selepas pakaiannya disambar api ketika cuba memadamkan kebakaran.

Cucu mangsa, Lily Marlina Sukur, 18, berkata, dia yang tinggal bersebelahan rumah neneknya terkejut apabila melihat kepulan asap dari kediaman itu.

myMetro 12 November 2015



0 comments:

Post a Comment