November 21, 2015

Maut van dihempap pokok kelapa

KEADAAN kenderaan mangsa yang dihempap pokok kelapa. FOTO ihsan Polis

Ipoh: Lelaki warga emas maut selepas van yang dipandunya dihempap pokok kelapa yang tumbang di Jalan Kuala Pari, berhampiran simpang Jalan Habin Ali, di sini lewat petang tadi.

Dalam kejadian 6.25 petang tadi itu, mangsa dikenali sebagai Wong Yew Khon, 66, penjual ikan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi berkata, pihak trafik terima maklumat mengenai kemalangan berlaku di jalan berkenaan membabitkan kenderaan yang dihempap pokok kelapa.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kenderaan dipandu mangsa seorang diri dan dipercayai dalam perjalanan balik dari Menglembu ke rumahnya di Pekan Razaki melalui jalan Kuala Pari.

"Apabila sampai di lokasi pokok kelapa tumbang menghempap bahagian bumbung hadapan kenderaan mangsa dan mangsayang tersepit dibantu keluar oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok atas permintaan pihak waris.

"Keadaan jalan adalah lurus dengan dua lorong dua hala, kawasan juga gelap berlampu dancuaca semasa kejadian hujan lebat serta angin kencang selain jalan dalam keadaan basah.

"Kerosakan kenderaan mangsa adalah remuk di bahagian bumbung dan rosak tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan," katanya.

myMetro 21 November 2015



0 comments:

Post a Comment