November 25, 2015

Maut motosikal bertembung van

MOTOSIKAL ditunggangi mangsa remuk selepas bertembung. FOTO ihsan pembaca

Padang Besar: Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan van di KM13.8 Jalan Padang Melangit-Kaki Bukit, Padang Besar, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa, Mohd Bulyamin Bahrudin, 18, menunggang motosikal Modenas Kriss dan Mohamad Ihsan Narzeri, 17, pula menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai sedang berlumba sesama mereka di laluan itu sebelum bertembung dengan van dipandu oleh Jasmi Jamin, 53, dari Kampung Wang Kelian, Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van yang dipandu dari arah Padang Melangit ke Kaki Bukit sedang melalui kawasan di mana sekumpulan remaja bermotosikal sedang berlumba dari arah bertentangan.

"€œTiba-tiba dua buah motosikal yang ditunggangi mangsa dari kumpulan remaja bermotosikal berkenaan memasuki laluan van itu menyebabkan mereka bertembung,"€ katanya kepada Harian Metro.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat kedua-dua remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat manakala pemandu van pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

myMetro 25 November 2015

0 comments:

Post a Comment