November 12, 2015

Mangsa tembak Jumaat lalu meninggal semalam

Kesawan (gambar kecil) meninggal dunia semalam selepas bertarung nyawa akibat ditembak dari jarak dekat, Jumaat lalu.

Kajang: Selepas bertarung nyawa sejak Jumaat lalu, seorang lelaki yang ditembak dari jarak dekat di kedai fotostat di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini, meninggal dunia petang semalam.

Mangsa, A Kesawan, 28, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang, sebelum disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang.

Bapa mangsa, M Arumuggam, 52, berkata, dia sekeluarga menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian seterusnya menjejaki suspek yang membunuh anaknya.

"Sebaik dibawa ke hospital Jumaat lalu, dia terus tidak sedarkan diri sebelum pihak hospital memaklumkan dia meninggal dunia petang semalam," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kajang pagi tadi.

Dalam kejadian 4.15 petang Jumaat lalu, tiga anak mangsa meraung sedih sejurus melihat bapa mereka terbaring berlumuran darah ditembak seorang lelaki dari jarak dekat.

Sumber berkata, suspek dilihat memasuki premis itu dengan memakai topi keledar berpenutup penuh dan sarung tangan sebelum melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa.

Menurutnya, tembakan itu menembusi dada mangsa sebelum lelaki itu rebah.

myMetro 11 November 2015



0 comments:

Post a Comment