November 13, 2015

Dendam kesumat banduan

Seremban: Seorang banduan di Penjara Seremban di Temiang, di sini, maut ditikam dengan kaca lampu di bahagian tengkuk oleh seorang banduan lain dipercayai berpunca dendam lama, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, Faizal Mat, 35, dibunuh J John, 42, ketika tidur dalam sel bersama 25 banduan lain.

Katanya, punca kejadian disebabkan mangsa dipercayai sering membuli suspek dalam kelas bimbingan di penjara berkenaan.

“Dalam sel didiami 26 banduan itu, mangsa mentor kepada 25 banduan lain. Mangsa difahamkan sering membuli suspek menyebabkan lelaki itu berdendam dengannya,” katanya.

Sumber itu berkata, kemuncaknya apabila suspek mengambil lampu dan memecahkannya lalu menikam tengkuk mangsa.

myMetro 13 November 2015


Banduan dituduh bunuh banduan

Seremban: Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang banduan lain di Penjara Seremban, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, J John, 43, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Berdasarkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia didakwa membunuh Faizal Mat@Mat Yen, 35, di Blok Cemerlang, Penjara Seremban, antara jam 1 hingga 1.30 pagi, pada 12 November lalu.

Mahkamah menetapkan 29 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Harian Metro pada 13 November lalu melaporkan, seorang banduan maut ditikam dengan kaca lampu di bahagian tengkuk oleh seorang banduan lain dipercayai berpunca daripada dendam lama.

myMetro 23 November 2015

0 comments:

Post a Comment