November 20, 2015

Budak maut dilanggar MPV

Salbiah (belakang, kiri) melihat lokasi kejadian seorang murid maut dalam kemalangan di hadapan SA Bertam Hulu di Jalan Bertam Hulu, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika pulang dari Sekolah Agama (SA) Bertam Hulu di Jalan Bertam Hulu di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Muhammad Aniq Norazian, 7, yang berjalan di bahu jalan dipercayai secara tiba-tiba ke tengah jalan raya yang dilalui MPV jenis Toyota Wish.

Akibatnya, pemandu kenderaan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Bertam Hulu menuju ke lampu isyarat Paya Mas itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

Muhammad Aniq yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian.

Kosmo 19 Nov 2015


0 comments:

Post a Comment