November 5, 2015

Bilal jumpa bayi di beranda masjid


BAYI lelaki yang baru dilahirkan ditemui di beranda Masjid Jamek Baiturrahman Sungai Tongkang, Rengit di Batu Pahat Isnin lalu.

BATU PAHAT – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai oleh seorang bilai ketika hendak melaungkan azan Subuh di Masjid Jamek Baiturrahman Sungai Tongkang, Rengit pada Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, bilal berkenaan terdengar suara tangisan sebelum terkejut menemui bayi tersebut di beranda masjid dalam keadaan berselimut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam itu lengkap berpakaian bayi berwarna putih serta memakai lampin.

“Bayi yang masih bertali pusat dan pucat selain kesan darah di kepalanya itu cukup sifat dan dalam keadaan sihat.

Kosmo 5 Nov 2015


0 comments:

Post a Comment