September 16, 2015

Warga emas terjatuh dari pangsapuri

Mayat mangsa ditutup dengan kertas sebelum dibawa ke hospital. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Warga emas maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Jalan Penaga, di sini, pagi tadi.

Pesara Ooi Ban Lye, 68, ditemui terbaring berlumuran darah bawah pangsapuri berkenaan oleh orang awam.

Sumber berkata, Ban Lye yang kini membuat tugas sambilan di pejabat didapati tidak bekerja sejak beberapa minggu lalu setelah mengadu tidak sihat dan mudah lupa.

Beliau berkata, warisnya membeli sarapan sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di rumah berkenaan sebelum kejadian.

Bagaimanapun, siasatan awal polis mendapati tiada maklumat atau kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Sinar Harian 16 Sep 2015

0 comments:

Post a Comment