September 23, 2015

Wanita hamil maut dalam nahas

Keadaan kereta Proton Wira Aeroback yang remuk selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 51.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai yang mengorbankan tiga nyawa semalam.

MACHANG – Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di tepi jalan di Kilometer 51.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback berkenaan, Fadilah Mohamad, 30, serta bapa tirinya, Faroque Hossain, 46, yang merupakan warga Bangladesh yang duduk di tempat penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai buruh maut akibat kecederaan parah pada kepala.

Penumpang belakang, Hamidah Halamiah, 30, etnik Rohingya, Myanmar yang mengandung lima bulan pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

Ketua Trafik Daerah Machang, Asisten Superintendan Zulkifli Said berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kok Lanas, Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

Kosmo 23 Sep 2015


Warga Bangladesh antara tiga maut

KEADAAN kereta yang terbabas ke dalam parit. FOTO ihsan Polis

Machang: Tiga individu termasuk dua warganegara Bangladesh maut selepas kereta terbabas masuk ke dalam parit dan melanggar tembok konkrit di Kilometer 51.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Pek, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 10 pagi itu, pemandu, Fadilah Mohamad, 30, bersama dua penumpang warganegara Bangladesh, Faruque Hossain, 46, dan seorang wanita yang tidak dapat dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, sebaik sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Fadilah dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Akibatnya kenderaan itu masuk ke dalam parit dan melanggar tembok konkrit.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta dan penumpang hadapan maut di lokasi kejadian. Manakala penumpang belakang (wanita Bangladesh) meninggal dunia di Hospital Machang," katanya di sini, hari ini.

myMetro 22 September 2015


0 comments:

Post a Comment