September 23, 2015

Ditembak empat das

Kuantan: Lelaki maut terkena tembakan di kepala di depan restoran di Jalan Tun Ismail, di sini, 2.37 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dan dikenali sebagai Arzurizan Abdul Rahman, 39, cedera parah di bahagian kepala.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa keluar dari restotan berkenaan bersama dua rakannya menuju ke kereta sebelum sekumpulan lelaki menaiki kenderaan jenis Proton Waja dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu melepaskan empat das tembakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan

(HTAA) di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil dua rakannya itu untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 18 September 2015

0 comments:

Post a Comment