September 16, 2015

Maut selepas hantar anak ke sekolah


ANGGOTA polis sedang mengangkat mayat Rohi yang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Jembal, Bachok semalam.

BACHOK – Hasrat seorang penoreh getah untuk menikmati sarapan ubi keledek rebus bersama isterinya selepas menghantar anak mereka ke sekolah tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kampung Jembal di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rohi Daud, 47, meninggal dunia kira-kira 60 meter dari rumahnya selepas motosikal Honda Ex-5 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Mangsa yang terpelanting ke atas jalan raya kemudiannya dilanggar sebuah kereta Proton Iswara.

Isteri mangsa, Zaidah Omar, 35, berkata, ketika kejadian, suaminya baru selesai menghantar anak sulung mereka, Mohd. Sharizal, 14, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Kosmo 16 Sep 2015

0 comments:

Post a Comment