September 16, 2015

Pembantu juruterbang maut motosikal dihimpit bas


ALOR GAJAH – Hajat seorang pembantu juruterbang untuk hadir cabutan undi pembelian rumah tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang­inya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 204.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam, Wan Mohd. Syafiq Arief Zolkifli (gambar), 27, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Simpang Renggam, Johor dihimpit sebuah bas ketika berada di lorong kanan sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurut ibu mangsa, Wan Anum Wan Khalid, 52, mangsa yang berpangkat Kapten dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sepatutnya berada di Skudai pada pukul 9.30 pagi semalam bagi menguruskan pembelian rumah.

Kosmo 16 Sep 2015


‘Kapten Power’ maut dihimpit

ALOR GAJAH - Hajat seorang pembantu juruterbang untuk mencabut undi bagi memilih lot rumah yang dibelinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 204.1 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, motosikal jenis Kawasaki ER-6n ditunggangi Wan Mohd Syafiq Arief Zolkifli, 27, dihimpit sebuah bas ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Simpang Renggam, Johor.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, kira-kira 12.30 tengah malam.

Wan Mohd Syafiq yang bertugas sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan berpangkat Kapten itu menetap di Puchong, Selangor dan bertolak ke Johor kira-kira jam 9.30 malam.

Ibunya, Wan Anum Wan Khalid, 52, berkata, anak kedua dari enam beradik itu sepatutnya berada di Skudai pada jam 9.30 pagi semalam bagi menguruskan rumah yang dibelinya.

“Ahad lalu, hari terakhir saya dapat bercakap dengannya di telefon. Arwah ajak teman ambil kunci rumah yang dibeli di Skudai dan saya setuju nak ikut.

“Arwah ada telefon lagi malam tadi (kelmarin) beritahu akan bergerak dari rumahnya jam 9.30 malam. Tapi masa tu anak lelaki seorang lagi yang jawab sebab saya ke masjid,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang juga dikenali sebagai Kapten Power dalam kalangan rakan sekerja, seorang mudah bergaul dan suka membantu, selain sering berjenaka tidak kira ketika bersama keluarga atau kawan-kawannya.

“Arwah anak yang baik dan suka buat joke. Kawan-kawan dia pulak panggil Kapten Power sebab arwah serba boleh. Campak saja mana-mana, Insya-ALLAH boleh. Dia juga ahli jawatankuasa Masjid Pangkalan Udara Subang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, isteri Wan Mohd Syafiq, Nur Atika Shihnan, 27, berkata, tiada perubahan mendadak suaminya kebelakangan ini, namun mereka hanya sempat bertemu di rumah sebelum dia yang bertugas sebagai jururawat keluar bekerja di sebuah hospital swasta di Bangi.

“Abang sampai di rumah kira-kira 6.30 petang selepas dia ke Labuan Jumaat lepas. Dalam jam 9 malam saya pula keluar rumah dan kira-kira jam 1.30 pagi hanya baca mesej dari kawan suami bagitau abang kemalangan dan minta saya sabar, jangan buat apa-apa.

“Tiada perubahan dari diri dia. Cuma saya ada minta abang tolong tanggalkan gelang emas kahwin untuk dicuci di kedai. Padahal sejak kahwin pada 2013 saya tak pernah tanggalkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah bas dipandu lelaki berusia 52 tahun mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba memasuki laluannya di sebelah kiri.

"Bas mengelak ke kanan sebelum hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar besi pengadang jalan.

“Dalam masa sama, motosikal mangsa yang berada di laluan kanan sekali dihimpit bas tersebut lalu terjatuh," katanya.

Menurutnya, terdapat enam penumpang dalam perjalanan ke Batu Pahat sedang tidur di dalam bas ketika kejadian.

Sinar Harian 16 Sep 2015


Tak sempat pilih rumah

ALLAHYARHAM Wan Mohd Syafiq (dua dari kiri) bersama keluarga ketika menerima Pertauliahan Juruterbang Pegawai Kadet TUDM, Sungai Besi.

KEADAAN motosikal berkuasa tinggi terbabit kemalangan.

Alor Gajah: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zulkifli, 27 tidak sempat menghadiri sesi cabutan undi rumah baru yang bakal dibelinya di Kulaijaya, Johor selepas maut dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres.

Dalam kejadian di Kilometer 204.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer keroh, di sini, jam 11 malam kelmarin, motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Er6 ditunggang mangsa terbalik dipercayai gagal mengelak bas ekspres di hadapannya.

Ketika kejadian, arwah yang bertugas di Unit Pesawat Angkut, Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Desa Pahlawan di Ayer Hitam, Johor sebelum nahas.

Bapa arwah, Zulkifli Hussain, 58, berkata, sebelum kejadian, Wan Mohd Syafiq menghubunginya memaklumkan dia akan pulang ke kampung untuk menghadiri sesi cabutan undi bagi menentukan lot rumah berkembar yang bakal dibelinya, pagi semalam.

“Arwah yang baru selesai bertugas terus pulang ke Ayer Hitam tanpa membawa isteri bersama. Saya sedang menunggunya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada polis jam 12.30 malam tadi (semalam).

myMetro 16 September 2015


0 comments:

Post a Comment