September 25, 2015

Mati ketika imamkan solat Aidiladha

Di Masjid Kampung Temeris di Kuala Pilah inilah Karim meninggal dunia ketika mengimamkan solat sunat Aidiladha semalam.

KUALA PILAH – Seramai 300 jemaah Masjid Kampung Temeris di sini semalam terkejut apabila tubuh imam I masjid yang sedang mengimamkan solat sunat Aidiladha tiba-tiba terbalik dan tidak bergerak-gerak lagi selepas itu.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi, A. Karim Ismail (gambar kecil), 66, yang diperiksa jemaah yang hairan dengan apa berlaku terhadap dirinya mendapati dia sudah meninggal dunia.

Bagi menyempurnakan solat sunat Aidiladha itu ia digantikan oleh bilal masjid berkenaan, Sadri Omar yang kemudian membaca khutbah Aidiladha.

Seorang anak imam itu, Amran, 40, berkata, semasa di tahiyat akhir, bapanya sedikit terbatuk sebelum tubuhnya tiba-tiba tumbang ke sebelah kiri.

Kata Amran lagi, beberapa jemaah yang memeriksanya kemudian mendapati denyutan nadinya sudah tiada sebelum bapa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk pemeriksaan.

“Sampai di hospital, pihak hospital mengesahkan ayah sudah meninggal dunia,” kata Amran ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo 25 Sep 2015

0 comments:

Post a Comment