August 15, 2015

Tabik abang polis

Anggota polis URB dari IPD Sibu membantu kanak-kanak yang tersesat dengan menghantarnya sehingga ke rumah. FOTO ihsan PDRM

Sibu: Demi memastikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang tersesat selamat, dua anggota polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengiringi kanak-kanak itu sejauh hampir tiga kilometer sehingga selamat sampai di rumah, Khamis lalu.

Dalam kejadian 2 petang itu, kanak-kanak terbabit ditemui menangis di kawasan kedai runcit di bandar Sibu selepas berkunjung ke kedai berkenaan bersama neneknya.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, kanak-kanak terbabit pada mulanya enggan pulang ke rumah, namun berjaya dipujuk oleh dua anggota URB terbabit.

Bagaimanapun, katanya, dia menolak pelawaan menghantarnya dengan membonceng motosikal anggota URB terbabit, menyebabkan mereka mengiringinya hampir tiga kilometer sehingga selamat sampai di rumah.

"Nenek kepada kanak-kanak terbabit berusia 60-an memaklumkan dia hanya menyedari cucunya hilang sebaik tiba di rumah,"katanya.

myMetro 15 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment