August 12, 2015

Budak 10 tahun dirogol bapa tiri

KEMAMAN - Seorang budak perempuan berusia 10 tahun terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol bapa tirinya sendiri di dalam semak berdekatan rumah mereka, dalam kejadian di Kampung Baru Kerteh, di sini.

Perbuatan durjana nelayan berusia 50 tahun itu terbongkar selepas kakak kedua mangsa melihat bapa tiri dan adiknya itu keluar dari semak, lebih kurang jam 2 petang Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, kakak mangsa, 15,  ketika itu dalam perjalanan menuju ke kedai runcit, sebelum melihat adik bongsu dan bapa tirinya keluar dari semak lalu pulang menaiki motosikal ke rumah mereka.

Sehubungan itu katanya, kakak mangsa yang berasa curiga, kemudian bertanya kepada adiknya itu mengenai kejadian yang berlaku di dalam semak dan adiknya itu mengaku dirogol.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Kerteh pada jam 10 pagi keesokannya kerana ibu mereka, 42, sakit kaki dan tidak dapat berjalan.

“Apabila dibawa ke Hospital Kemaman, doktor mengesahkan ada kesan kemasukan objek dalam kemaluan mangsa.

“Hasil siasatan awal yang kita lakukan, mangsa dipercayai dirogol dua kali sejak sebulan lalu di lokasi sama,” katanya, semalam.

Susulan itu, polis bertindak menangkap suspek pada jam 6.45 pagi kelmarin di Pantai Kerteh selepas suspek pulang daripada memukat ikan.

Normansah berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Sinar Harian 10 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment