July 1, 2015

5 tahun derita bisa ular

Badrolhisham (kiri) melihat keadaan kaki kiri Abdul Aziz yang tidak dapat berjalan selepas terkena bisa ular di Kampung Pong Utara, Kuala Nerang, malam kelmarin.

Padang Terap: “Keadaan kaki kiri suami semakin teruk dan bernanah menyebabkan dia tidak tahan menanggung kesakitan, malah hanya mampu terlantar di rumah kerana tidak dapat bergerak.

“Kini, saya perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada suami termasuk memandikan, menyuap makan dan memakaikan pakaian untuknya kerana dia tidak mampu berjalan seperti sedia kala,” kata Zaidah Khalid, 44.

Dia adalah isteri Abdul Aziz Ahmad, 45, yang menanggung derita apabila kaki kirinya dipatuk ular ketika menebas rumput di Bukit Tembaga, lima tahun lalu.

Zaidah berkata, kejadian itu menyebabkan kaki kiri suami yang terkena bisa ular itu hanya tinggal tulang dan terpaksa dirawat di hospital dalam tempoh yang agak lama kerana dia sendiri tidak tahu spesies ular berkenaan menyebabkan doktor menghadapi kesukaran untuk merawatnya.

Katanya, doktor juga terpaksa mengambil isi paha suaminya untuk menampal di bahagian tulang kaki kiri berkenaan untuk membolehkan isi tumbuh semula di bahagian itu.

myMetro 1 Julai 2015


0 comments:

Post a Comment