June 28, 2015

Wanita ditemui mati dalam keadaan misteri

KEADAAN mangsa ketika ditemui di rumahnya di Desa Petaling, semalam.

Kuala Lumpur: Seorang janda ditemui mati dalam keadaan misteri apabila mayat mangsa ditemui hanya memakai seluar dalam selain tubuhnya dibasahi minyak berwarna kuning.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui mati oleh jirannya di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini.

Difahamkan mangsa yang sudah mati sejak empat hari lalu hanya disedari oleh jiran berhampiran selepas terhidu bau busuk sebelum mereka membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat bau busuk luar biasa di kawasan rumah itu.

Menurutnya, polis kemudian memeriksa rumah mangsa yang terletak di tingkat lapan kondominium itu sebelum menemui mayat mangsa telentang di ruang tamu rumah.

myMetro 17 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment