June 28, 2015

Perah kudrat selamat kucing

ANGGOTA JPAM menyelamatkan kucing yang terperangkap 24 jam di dalam longkang.

Melaka: Walaupun misi mereka hanya menyelamatkan seekor kucing, dua anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tetap berusaha bersungguh-sungguh mengeluarkan haiwan berkenaan yang terperangkap dalam longkang itu dengan selamat.

Terdahulu dalam kejadian di Masjid Tanah, di sini, jam 10 pagi kelmarin, orang awam menghubungi JPAM selepas terdengar bunyi haiwan itu yang terperangkap dalam longkang berkenaan selama 24 jam.

Jurucakap JPAM Melaka berkata, sebaik menerima panggilan itu, dua anggota diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan haiwan berkenaan yang terperangkap dalam longkang sedalam tiga meter.

“Anggota bertugas mengambil masa 30 minit untuk menyelamatkan haiwan itu. Sepatutnya, tempoh menyelamat lebih singkat namun anggota JPAM terpaksa melayan gelagat kucing berkenaan yang bertindak agresif serta melarikan diri ketika cuba ditangkap kerana dipercayai ketakutan.

“Namun, anggota terbabit tidak putus asa dan terus memujuk kucing berkenaan, berkat kesabaran menunggu haiwan itu diselamatkan dan dibawa naik ke tebing longkang,” katanya.

Menurutnya, ketika ditemui kucing berkenaan dalam keadaan lemah kerana berada dalam air untuk tempoh lama dan haiwan itu juga hampir lemas berikutan paras air dalam longkang itu yang tinggi.

myMetro 16 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment