June 28, 2015

Pujukan bomba selamatkan wanita

Wanita yang cuba terjun menutup kepala menggunakan baju bomba dan terus ditenangkan anggota bomba selepas diselamatkan. FOTO ihsan bomba

Subang Jaya: Tindakan pantas anggota bomba dan kemampuan memujuk berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.20 malam, mangsa warga tempatan yang berusia 34 tahun itu dipercayai mengalami masalah kemurungan bertindak memanjat koridor di hotel berkenaan sebelum cuba untuk terjun.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Hazinan Md Yusof berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan seorang wanita duduk di atas koridor di tingkat 13 hotel terbabit.

"Usaha memujuk wanita itu selama sejam berjaya menyelamatkan nyawanya dan dia dibawa turun dengan selamat.

"Siasatan mendapati mangsa yang sudah berkeluarga mengalami masalah kemurungan sejak setahun lalu,"katanya.

myMetro 16 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment