May 23, 2015

Warga emas rentung atas sofa


Keadaan ruang tamu di rumah mangsa selepas api berjaya dipadamkan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bergelar Datuk maut dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa berusia 88 tahun itu ditemui di ruang tamu di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, isteri mangsa yang berusia 77 tahun, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

“Anggota peronda cegah jenayah ke lokasi kejadian dan memotong kunci mangga pada pintu hadapan, sebelum mendapati isteri mangsa berada di tepi pintu, manakala mangsa rentung atas sofa di ruang tamu rumah tersebut," katanya.

Menurutnya, anak mangsa mendakwa bapanya seorang perokok dan mengalami penyakit nyanyuk.

“Pasukan Forensik Bomba dan Forensik Polis Diraja Malaysia menyiasat tempat kejadian, siasatan awal mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada api rokok,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan mendapati kesemua pintu dan tingkap rumah mangsa berada dalam keadaan baik dan berkunci,” katanya.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian 23 Mei 2015


Rakan rapat Dr. Mahathir rentung

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga merupakan kenalan rapat kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ditemui mati rentung dalam satu kebakaran yang dipercayai berpunca daripada puntung rokok yang dihisap mangsa di rumahnya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Datuk Dr. Muhammad Ali Mahfuz Ali, 88, dikatakan sedang tidur di atas sofa di ruang tamu manakala iste­rinya, Selamah Tunut, 77, tidur di dalam salah sebuah bilik rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, kebakaran itu disedari anggota polis pencegahan jenayah yang kebe­tulan melalui kawasan berkenaan selepas melihat api serta asap dari rumah tersebut.

Katanya, anggota terbabit kemudian cuba memasuki rumah itu dengan memotong kunci pintu hadapan dan sebaik sahaja berjaya masuk, mereka mendapati 10 peratus ruang tamu rumah itu sudah terbakar manakala mang­sa pula ditemui mati de­ngan keadaan badan tertangkup di atas sofa berkenaan.

“Susulan itu, anggota kita segera menyelamatkan isteri mangsa yang ditemui pengsan di tepi dinding berhadapan dengan pintu utama rumah berkenaan sebelum menghubungi anak mangsa yang tinggal tidak jauh dari kawasan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo 23 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment