May 23, 2015

Warga asing maut terjatuh kolam

Sandakan: Seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun ditemui mati selepas terjatuh dalam kolam di Ladang Sime Darby Suan Lamba, dekat sini, 10.20 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Daman Huri Yan, berasal dari Indonesia ditemui oleh pekerja ladang berkenaan yang menyelam kolam sedalam sembilan meter sebaik menyedari kejadian itu jam 12.15 tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan pada 10.26 pagi itu, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi mencari dilakukan dan mayat mangsa berjaya ditemui oleh pekerja ladang berkenaan yang menyelam kolam terbabit.

"Mangsa berasal dari Indonesia adalah pekerja di ladang berkenaan kemudian diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, operasi tamat pada 12.41 tengah hari.

myMetro 22 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment