May 23, 2015

Pelajar tingkatan dua maut kemalangan

Kota Bharu: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan dua kereta di Kampung Jambu Merah, Peringat, di sini, 3 petang semalam.

Dalam kejadian itu mangsa, Tengku Nur Shahira Tengku Yaacob, 14, membonceng motosikal Honda Wave yang ditunggang rakannya dari arah Kampung Jambu Merah dan mahu membuat pusingan U untuk ke Peringat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ketika mahu melintas jalan dari kiri ke kanan iaitu sebelum membuat pusingan U, datang sebuah kereta Perodua Myvi dari arah yang sama dan berada di lorong kanan terlanggar bahagian kiri motosikal mangsa.

"Pada masa sama, datang sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria dari arah sama mengelak ke lorong kiri dan terlanggar serpihan kenderaan dan menyeret motosikal mangsa.

"Penunggang dan pembonceng motosikal di bawa ke Klinik Kesihatan Peringat, namun pembonceng disahkan meninggal dunia di wad kecemasan," katanya.

myMetro 20 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment