May 23, 2015

Mayat lelaki dalam apartmen

Bukit Beruntung: Mayat seorang lelaki ditemui berbau di dalam sebuah rumah di Apartmen Mawar, Taman Bunga Raya, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Che Sekri Johari, 58, ditemui selepas polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.25 pagi yang terhidu bau busuk dari luar rumah mangsa.

Polis yang tiba di tempat kejadian membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, punca kematian dan tempoh mangsa meninggal dunia masih belum dapat dipastikan kerana menunggu laporan bedah siasat.

myMetro 22 Mei 2015


0 comments:

Post a Comment