May 25, 2015

Lelaki tinju isteri sampai lembik

Kuantan: Gagal mengawal ketagihan dadah menyebabkan seorang lelaki warga Indonesia bertindak membelasah isterinya hingga ‘lembik’.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, mangsa berusia 30 tahun dibelasah suspek di sebuah rumah kongsi di kilang papan Batu 7 Jalan Gambang di sini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan laporan berhubung kejadian itu, polis berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di rumahnya.

“Suspek mengaku sering memukul isterinya kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

“Siasatan awal mendapati mangsa kerap dipukul sejak beberapa bulan lalu dan tidak mampu mempertahankan diri,” katanya.

myMetro 25 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment