April 21, 2015

Mayat warga India jatuh kapal ditemui

KUCHING: Mayat lelaki warga India yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari atas kapal pengorek di perairan Muara Tebas, di sini ditemui oleh nelayan di kawasan pantai kelmarin.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba Tabuan Jaya Mohd Shahrir Abd Halim, mayat Kishen Singh, 22, ditemui sekitar jam 11.30 pagi dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Muara Tebas di sini sekitar jam 4 petang.

“Mangsa dijumpai oleh nelayan yang mencari ketam pada jam 11.30 pagi dan anggota bomba bersama APMM dan polis tiba di lokasi tempat mayat dijumpai pada jam 2.15 petang.

“Mayat mangsa kemudian tiba di jeti APMM pada jam 4 petang dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Kishen disyaki terjatuh ke sungai dari atas kapal pengorek tempatnya bekerja sekitar jam 5.30 pagi Isnin lepas.

Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat susulan usaha mencari yang dijalankan rakan sekerjanya gagal.

Utusan Borneo 21 Mac 2015


Warga India dikhuatiri lemas di perairan Muara Tebas

KUCHING: Seorang pekerja asing dikhuatiri lemas di perairan Muara Tebas, di sini.

Lelaki dikenal pasti sebagai Kishan Singh, 22, dari India disyaki terjatuh ke sungai dari kapal pengorek pasir sekitar jam 5.30 pagi.

Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat susulan usaha mencari yang dijalankan rakan sekerja gagal menemui mangsa.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Penolong Penguasa Bomba Kanan (PgKB) I Tiong Ling Hii, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.45 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh Polis Marin dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia),” katanya.

Setakat berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Utusan Borneo 17 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment