April 21, 2015

Mayat kelasi jatuh tongkang dijumpai terapung

SIBU: Mayat seorang kelasi kapal dipercayai jatuh dari tongkang di Sungai Lebaan pada 16 Mac telah ditemui terapung oleh penduduk Lebaan petang kelmarin.

Polis mengeluarkan mayat mangsa dari jeti Jalan Khoo Peng Loong sekitar jam 7.30 petang itu sebelum menghantar mayat tersebut ke bilik mayat Hospital Sibu.

Mangsa dikenali sebagai Benjing Anthony Mikin dan ahlia keluarganya telah dimaklumkan untuk mengenal pasti mayat.

Mangsa dipercayai terjatuh ke sungai ketika sedang mencuci pakaian selepas mandi di bahagian belakang tongkang tempat dia bekerja.

Utusan Borneo 20 Mac 2015


Kelasi jatuh sungai dikhuatiri lemas


MISI MENCARI: Anggota bomba mempersiapkan bot untuk digunakan mencari mangsa dikhuatiri lemas di kawasan perairan Sungai Lebaan, Sibu semalam.

SIBU: Seorang kelasi kapal warga tempatan dikhuatiri lemas setelah dilaporkan terjatuh ke sungai di kawasan perairan Sungai Lebaan dekat sini petang kelmarin.

Mangsa, seorang lelaki dikenali Benjing Anthony Mikin, 19, berasal dari Mukah dipercayai terjatuh semasa berada di atas sebuah tongkang pada jam 2.30 petang kelmarin.

Balai Polis Bintangor yang dimaklumkan oleh juragan tongkang tersebut pada jam 7 malam kelmarin mengerahkan sebuah pasukan mencari dan menyelamat ke lokasi kejadian menggunakan sebuah bot.

Memandangkan keadaan sudah gelap, pencarian mangsa terpaksa ditangguhkan dan disambung pada jam 7 pagi semalam.

Siasatan lanjut polis mendapati kes tersebut berlaku di kawasan di bawah pentadbiran Balai Polis Sentral.

Ahli keluarga mangsa kemudian merujukkan kes tersebut di Balai Polis Sentral dan polis marin, justeru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan mengambil alih tugas operasi dan menyelamat mulai semalam.

Mangsa yang merupakan pencari rezeki buat keluarganya dipercayai terjatuh ke sungai ketika tongkang terbabit dalam perjalanan dari Sibu ke Tanjung Manis.

Utusan Borneo 18 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment