April 17, 2015

Dua beranak maut terkena renjatan elektrik


BANTING - Dua maut termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodi, Banting, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu melibatkan seorang mangsa berusia  45 tahun dan anaknya berusia dua bulan.

Difahamkan, renjatan elektrik berkenaan berpunca daripada kipas angin. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung punca kematian masih dalam siasatan.

Ketika kejadian mangsa bersama bayinya berada di rumah baharu mereka yang masih dalam proses pembinaan sementara isteri mangsa berada di rumah lama terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang.

Sebaik menerima laporan berkenaan,  sebuah jentera telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.57 petang. Ketika tiba di rumah kejadian, kedua-dua mangsa terbaring di atas lantai.

“Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa pertama meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia.

Sinar Harian 7 Apr 2015


Renjatan maut

FOTO ihsan Bomba

Banting: Dua maut termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodi, Banting kira-kira 3.40 petang tadi.

Mangsa yang maut ialah Mohd Amir Jiran berusia 45 tahun dan anaknya berusia dua bulan.

Difahamkan renjatan elektrik itu berpunca daripada kipas namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketika kejadian Mohd Amir bersama bayinya berada di rumah baru mereka yang masih dalam pembinaan sementara isteri mangsa berada di rumah lama mereka tidak jauh dari rumah baru itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.57 petang.

Beliau berkata, ketika tiba di rumah berkenaan terdapat dua mangsa terbaring di lantai rumah itu.

"Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa pertama meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia di klinik kesihatan berhampiran," katanya.

myMetro 7 Apr 2015


Ayah, anak dikebumi dalam satu liang lahad

Azira (duduk empat dari kiri) bersama ahli keluarga di sisi kubur suami dan anaknya.

Banting: Dua beranak yang maut dalam kejadian terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodoi, petang kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad, pagi semalam.

Sebelum itu, jenazah Mohd Amir Jiran, 45, dan bayinya yang berusia tiga bulan, Mohd Fayyadh Iman disembahyangkan di rumah mereka jam 8.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan kampung berkenaan untuk dikebumikan jam 9.30 pagi.

Dalam kejadian itu, Allahyarham Mohd Amir dan Mohd Fayyadh maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada kipas industri di rumah baru mereka yang belum lagi diduduki.

Ketika kejadian isteri arwah, Azira Hasin, 37, berada di dapur rumah lama mereka yang terletak bersebelahan sebelum terdengar bunyi kuat seperti ada barang terjatuh.

Azira yang bergegas ke rumah baru mereka mendapati suaminya dalam keadaan terlentang sambil memeluk bayi mereka dan kedua-duanya dalam keadaan kebiruan serta tidak sedarkan diri.

Arwah Mohd Amir disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Fayyadh di Klinik Kesihatan Kampung Bandar.

Sementara itu, Azira ketika ditemui selepas majlis pengebumian itu berkata, dia tidak memikirkan apa yang akan dilakukan selepas ini kerana selama ini mereka sekeluarga bergantung hidup dengan arwah suaminya.

“Saya tak tahu hendak buat apa selepas ini, tetapi saya perlu menyara tiga anak selepas pemergian suami,” katanya.

Menurutnya, dia kini menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu serentak dalam membesarkan tiga anak berusia enam hingga 13 tahun.

Sementara itu, adik Azira, Siti Khadijah Hasin, 29 berkata, mereka sekeluarga akan membantu dan tidak mengabaikan kakaknya itu serta anak saudaranya.

“Kami lapan beradik berjanji menyokong serta berada di belakangnya kerana apa yang dilaluinya terlalu berat untuk ditanggungnya.

“Hubungan kekeluargaan serta darah daging tidak putus begitu saja dan kami memahami keadaannya yang baru saja kehilangan tempat bergantung,” katanya.

Abang Allahyarham, Mohd Sharif, 54, berkata, ketika ini perkara paling utama adalah memastikan keadaan emosi Azira stabil terlebih dulu.

“Kami perlu berbincang serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kami berharap pihak berwajib sudi tampil bersama kami mencari penyelesaian supaya Azira boleh berdikari dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

myMetro 9 Apr 2015



0 comments:

Post a Comment