March 28, 2015

Pelancong Taiwan maut dilanggar bas persiaran

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang pelancong warga Taiwan untuk bercuti bersama keluarganya di negara ini tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Petaling Jaya, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi tadi, mangsa Teng Yun-Chi, 56, bersama isteri dan anak perempuannya yang sedang menunggu untuk menaiki bas dilanggar sebuah bas persiaran yang sedang mengundur ke arah belakang.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan dipercayai dengan cuai menarik brek tangan menyebabkan bas mengundur ke belakang sebelum melanggar mangsa.
 
"Akibat kejadian itu, mangsa mati di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat," katanya.
 
Pemandu bas, yang berusia 65 tahun itu, ditahan untuk membantu siasatan. - Bernama

28 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment