March 28, 2015

Bayi melecur diberi susu panas

Gombak: Bayi perempuan berusia enam bulan melecur di bibir dan pipi selepas dipercayai diberi minum susu panas oleh pengasuh taska.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat ibu mangsa pada 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang, di sini.

Katanya, mangsa sebelum itu dihantar ibunya ke taska terletak di Rawang, pagi tadi.

“Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.

“Berdasar siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada 4 petang . Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dalam keadaan stabil dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian yang menyebabkan bibir dan pipi kirinya melecur.

“Mangsa masih di rawat di Hospital Selayang dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya,” katanya

myMetro 27 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment