February 25, 2015

Lagi kes kereta terbakar


SEBERANG MANONG - Sebuah kereta Proton Persona musnah hampir keseluruhannya dalam satu kebakaran di Kampung Bekor, di sini, semalam.

Kejadian itu kes kedua pada minggu ini membabitkan kereta jenis sama terbakar selepas kes di lebuh raya, Isnin lalu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Abd Nasir Mohd Yatim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kes berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah kereta Proton Persona terbakar dan kita melakukan operasi pemadaman sehingga api padam.

Kita turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kes ini dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Terdahulu, kereta jenis sama musnah 90 peratus selepas terbakar Kilometer 257, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).

Bagaimanapun, kejadian kita-kira jam 7 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa apabila mangsa sempat keluar menyelamatkan diri.

Sinar Harian 21 Feb 2015

0 comments:

Post a Comment