January 27, 2015

Penunggang maut terpelanting

Orang ramai membantu menutup mayat mangsa. Gambar kecil: Muhammad Hafizan. 

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki, yang juga pemandu lori maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, Kampung Padang Licin jam 6 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, siasatan mendapati, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hafizan Zamri, 22, menunggang motosikal Yamaha dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang.

“Setibanya di tempat kejadian, berlaku pertembungan antara motosikal berkenaan dengan kereta Proton Wira dan Perodua Kembara dari arah bertentangan.

“Mangsa terpelanting hampir 20 meter dari motosikalnya, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira, seorang wanita Siam bersama empat anaknya yang berusia 1 hingga 17 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Manakala katanya, pemandu Perodua Kembara yang juga seorang perempuan bersama anak saudara lelaki, juga tidak mengalami kecederaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, pemandu Wira, On Uma Sodabut, 37, berkata, dia terkejut apabila mendapati penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh sisi kanan keretanya.

“Saya baru sahaja pulang membeli belah di Rantau Panjang, bagi membeli kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir tempoh hari,” katanya.

Sinar Harian 25 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment