December 17, 2014

Lelaki maut kereta langgar lori

MANGSA dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan. FOTOihsan bomba

Arau: Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori berdekatan satu selekoh di Jalan Guar Nangka kira-kira 11 pagi tadi.

Mangsa Zulkifli Abd Rashid yang beralamat di Kampung Guru, Kangar dipercayai sedang memandu dari arah Guar Nangka ke Gial ketika kejadian berlaku.

Mangsa dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tersepit.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit sementara pemandu lori dipercayai cedera ringan.

Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi bedah siasat.

myMetro 16 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment