December 17, 2014

Konstabel ditemui mati tergantung

SLIM RIVER - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Bandar Baru di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi, mangsa, Muhammad Arif Noordin, 24, yang merupakan anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditemui sudah tidak bernyawa.

Sumber polis berkata, mangsa tinggal di rumah terbabit bersama tiga rakan sekerjanya dan mula bertugas di IPD Tanjung Malim sejak Disember 2012.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - KOSMO!

16 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment