December 23, 2014

Lelaki kurang siuman hilang dihanyutkan arus di Sungai Lembing

KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus Sungai Lembing dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Chew Teck Seng, 63, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika melalui jambatan untuk ke pekan Sungai Lembing pada pukul 10 pagi tadi.

Katanya, orang ramai yang berada di situ cuba menyelamatkan Teck Seng yang sempat berpaut. Bagaimanapun, pautannya terlepas sebelum dia tenggelam dihanyutkan arus deras.

“Selepas menerima laporan daripada abang mangsa, Chew Teck Hoe, 66, operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan dalam usaha mengesan mangsa. Namun begitu, sehingga kini mangsa masih gagal ditemui,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Yong berkata, jambatan tersebut sudah mula dinaiki air sejak pagi tadi, namun Teck Seng tetap menggunakannya. - Bernama

23 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment