December 18, 2014

Dua beranak cedera ditikam, ditetak di Kuala Kedah


ALOR SETAR - Dua beranak cedera parah diserang seorang lelaki yang memasuki rumah mereka di Taman Harapan, Kuala Kedah dekat sini awal pagi tadi.

Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anaknya Amira Asshari, 22, cedera akibat ditikam dan ditetak dengan senjata tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek masuk ke rumah mangsa kira-kira 3.50 pagi dengan mengumpil pintu gril.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk mendapat rawatan lanjut, katanya.

Namun beliau berkata, tiada barang berharga milik mangsa yang hilang dan motif serangan masih disiasat.

Jiran mangsa Tan Kok Hoe, 43, berkata, dia sedang tidur apabila dikejutkan isterinya yang mendengar jeritan meminta tolong di luar rumah mereka.

"Saya segera keluar dan melihat ramai orang sudah berkumpul di rumah jiran saya. Saya lihat anak-beranak itu berlumuran darah. Seorang jiran lain menghubungi polis dan ambulans," katanya. - Bernama

18 Disember 2014


Perompak tikam dua beranak

Alor Setar: Dua beranak cedera parah selepas ditikam di bahagian dada oleh perompak dalam kejadian samun di rumah mereka di Taman Harapan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, dua mangsa iaitu ibu, Ardiana Ahmad Kamil, 46, cedera parah di bahagian dada kiri manakala anaknya, Nur Amira Asshari, 22, pula cedera di bahagian dada kanan dan tangan kiri.

Difahamkan, kejadian bermula apabila perompak memasuki rumah melalui pintu belakang sebelum ke bilik Amira lalu mencekik mangsa sebelum menikamnya.

Ibu mangsa yang tidur di bilik bersebelahan kemudian bergegas ke bilik anaknya selepas mendengar jeritan, sebelum turut ditikam perompak terbabit yang melarikan diri selepas itu.

Dua mangsa itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

myMetro 18 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment