November 23, 2014

Wanita campak anak dalam sungai

Niigata: Polis Wilayah Niigata semalam berkata, mereka menangkap seorang wanita berusia 24 tahun atas tuduhan membunuh selepas dia mencampak anaknya ke dalam sungai.

Jurucakap polis berkata, Ayumi Sato, 24, membawa anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun, Miyu, ke sebuah jambatan pada malam Rabu lalu.

“Di situ Ayumi mencampak Miyu ke dalam Sungai Nishi dan pulang.

“Keesokan hari Ayumi pergi ke hospital kerana Miyu mempunyai temu janji dengan doktor di situ,” katanya.

Bagaimanapun, kata jurucakap polis, Ayumi mendakwa Miyu ‘ghaib’ dari rumah mereka.

Kira-kira jam 3 petang, polis menemui mayat budak perempuan di hilir Sungai Nishi dan hospital memaklumkan maklumat yang mereka ada mengenai Ayumi.

Polis menangkap Ayumi dan wanita terbabit mengaku mencampak Miyu.

Bapa Ayumi pula berkata, baru-baru ini anaknya mengadu tertekan untuk membesarkan Miyu sendirian. - Agensi

myMetro 23 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment