November 24, 2014

Kanak-kanak setahun maut dirempuh kereta bapa


BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan maut setelah dirempuh kereta bapanya yang secara tiba-tiba bergerak ke hadapan ketika dihidupkan di rumah mereka di Jalan Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syamil Ziqri Jamzaidi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas 20 minit insiden itu berlaku.

Jarak dari rumah mangsa ke HPP dianggarkan sejauh 20 kilometer.

Seorang jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada di hadapan kereta jenis Proton Iswara bapanya yang diletakkan berdekatan pintu masuk rumah mereka.

Kosmo 24 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment