November 23, 2014

Jeritan jam 2 pagi

JENAZAH Ahmad Fadli Ismail dibawa ke HSNZ untuk dibedah siasat

Kuala Terengganu : “Dia menjerit-jerit kesakitan beberapa kali jam 2 pagi sebelum meninggal dunia jam 5.10 pagi,” kata Nor Salmiliza Zah @ A Aziz, 37.

Dia adalah jiran kepada Ahmad Fadli Ismail, 37, yang meninggal dunia di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak, di sini, semalam.

Ahmad Fadli bersama ibunya, Semek @ Hajar Embong, 70, berpindah ke pusat pemindahan itu selepas rumah mereka di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, dinaiki air banjir sejak Selasa lalu.

Menurut Nor Salmiliza, dia bersama empat anaknya ditempatkan di dalam kelas bersebelahan dengan Ahmad Fadli dan dia mengetahui arwah menghidap demam panas selepas dua hari bermalam di situ.

Katanya, dia dan ahli keluarga ada membantu mengambil makanan kepada arwah dan ketika itu arwah yang juga anak bongsu daripada lima beradik tidak berupaya berdiri lama.

“Meskipun demam namun arwah mampu makan seperti biasa sehinggalah malam tadi (kelmarin) ketika kami semua tidur arwah menjerit kesakitan beberapa kali sehingga didengari mangsa banjir lain serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas ketika itu.

myMetro 24 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment