November 21, 2014

Penyamun dera ibu sampai mati

MANGSA maut.

Kuala Lumpu: Luluh hati seorang anak apabila menemui mayat ibunya terbujur kaku berlumuran darah selepas didera teruk perompak yang menceroboh masuk rumah mereka.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa yang berusia 74 tahun ditemui diikat kaki dan tangan manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat di ruang tamu rumah terletak di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini.

Penjenayah kejam terbabit dipercayai mendera mangsa dengan memukul muka dan kepala mangsa berulang kali sehingga mati.

Sumber polis berkata, kejadian samun itu dianggarkan berlaku antara jam 10.30 hingga 11 pagi semalam ketika mangsa berada bersendirian di rumah.

Menurutnya, mayat wanita warga emas itu ditemui jiran mangsa kira-kira jam 1 tengah hari sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis dan anak lelaki mangsa.

“Mangsa dikatakan berseorangan di rumah selepas pulang dari pasar terletak berhampiran kediamannya.

myMetro 21 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment