November 22, 2014

Majikan maut, pekerja hilang telinga diserang

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga Indonesia ditetak hingga mati manakala isteri dan seorang pekerjanya cedera parah akibat diserang oleh seorang pekerja barunya di Bukit Piton Hutan Simpan di Ulu Segama pada Jumaat.

Ketua POlis Daerah ACP Hamzah Ahmad, ketika dihubungi semalam berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Rahman bin Puma, 47, seorang subkontraktor dengan Hutan Warisan Segama.

Hamzah berkata siasatan awal mendpaati mangsa dan isterinya dipercayai diserang oleh seorang pekerja warga asing berusia 33 tahun yang hanya baru bekerja dengan mangsa sehari dan motif serangan dipercayai berpunca dari dendam.

“Kami menerima maklumat kejadian sekitar pukul 7 pagi Jumaat dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal menunjukkan sekitar pukul 6.30 pagi pada hari tersebut, mangsa, isteri dan anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun sedang berada di dalam kereta.

“Beberapa minit kemudian, anak lelaki mereka berlari ke rumah di mana terdapat 6 pekerja lain ketika itu sambil menjerit “bapak mati”.

“Dua pekerja kemudian yang dikenali sebagai Akhbar dan Andi, berkejar ke lokasi dan mendapati majikan serta isterinya di dalam keadaan berlumuran darah,” kata Hamzah.

Ketika cuba membantu, mereka juga diserang menyebabkan Akhbar putus telinga. Suspek kemudian mengejar seorang lagi pekerja sebelum lari meninggalkan tempat kejadian.

Isteri Rahman dan Akhbar kemudian dikejarkan ke hospital oleh pekerja lain.

“Selepas kejadian, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah yang diketui oleh Inspektor Abdul Muthalib Harun berjaya menahan suspek sekitar pukul 8.30 malam berhampiran lokasi kejadian.

“Mereka merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam serangan itu,” katanya dengan menambah yang kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber The Borneo Post 17 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment